Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Ts. Dr. Ramzah Dambul telah dijemput sebagai pembentang kertas kerja simposium bagi Sidang Ke-12 yang bertemakan Pengajian Melayu Antarabangsa bersempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu. Pembentang-pembentang kertas kerja bagi Sidang 12 yang turut terlibat adalah Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Hashim Musa (Malaysia), Prof. Dr. Amdt Graf (Jerman), Dr. Azhar Ibrahim (Singapura) dan Prof. Madya Dr. Najahudin Lateh sebagai Moderator pada 24 Mei 2022.
Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu ini adalah anjuran Pejabat Perdana Menteri Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah diadakan pada 22-24 Mei 2022 di DBP, Kuala Lumpur.