Mount Kinabalu, Malaysia’s first World Heritage Site, has overshadowed many places in Sabah as a favourite destination, attracting thousands of visitors every year. The numbers continue to soar, and not just for the mountains but the islands and the wetlands as well. This is a worrying trend as far as carrying capacity and environmental impact are concerned. We have reached a crossroad and we must decide the direction to go forward and we must do so cleverly to manage the statistics and logistics.
Diverting the crowd is a challenge. For Mount Kinabalu, for so long, climbers prefer the western ridge to reach the summit. The alternate eastern ridge must be used to prevent further environmental damage on the more popular western route. Managing crowd capacity is crucial for the mountains as well as for the islands. So is protection and conservation. To limit the stress on Mount Kinabalu, we can also look towards little-known Mount Tambuyukon and Mount Nambuyukon which are good trekking, mountaineering and research options. At 2,580 metres and 2,100 metres, Mount Tambuyukon and Mount Nambuyukon are Sabah’s 3rd and 4th highest mountains respectively, after Mount Kinabalu (4,095 metres) and Mount Trusmadi (2,642 metres, also Malaysia 2nd highest). Mount Tambuyukon and Mount Nambuyukon are situated at the centre of Kinabalu Park.
Efforts to develop tourism must be balanced with environmental and conservation elements. The priority must be to preserve, care and protect the natural environment. While eco- tourism can be an enriching experience, we must always remember that for communities living there, the mountains and rivers are the sources of life. If human traffic and activities remain unchecked, the ecosystem and biodiversity in our nature parks will be negatively altered.
Climbing Mount Kinabalu is not the same as an ordinary trekking of a hill. We should never deliberately create or build every trail for the benefit of everyone to climb with ease. The mountain trails have perils but they should never be attempts to domesticate them. In the wild, we are bound by nature’s rules and we must respect the hazards and dangers. Climbers and trekkers must know their capabilities and limitations. Our duty is to preserve our natural assets, not to conquer them. The uniqueness of the forest, mountains, islands, rivers, and wetlands must be in consonance with sustainable reasons to interact with them: life, water catchment; research, education; observation; protection; and conservation. Only then can we let tourism tag along in a manageable and caring way.
Much of Sabah’s marine life and beauty has been forever destroyed by fish bombing and other human activities. Our waterways, rivers, and beaches are choked with trash. Our forests are being cleared by logging activities. Yes, Sabah made RM6.35 billion in tourism receipts in 2013 and, yes, we still have 6 million hectares of forests which are undeveloped. Where do we want to go from here? We move on but we must do so with loving care of the mountains, rivers, and islands.
We are responsible for our natural treasures. Our priority must never change. — Jason W. Yong
Sunrise at Mount Kinabalu
River at the floor of Mount Nambuyukon, Kg. Serensim, Kota Marudu
Logging at Tongod-Lalampas
Gunung Kinabalu merupakan tapak warisan dunia yang pertama di Malaysia yang amat terkenal berbanding tempat-tempat lain di Sabah sebagai tempat destinasi yang digemari, ia telah menarik ribuan pengunjung setiap tahun. Angka pelawat terus meningkat, dan bukan hanya di gunung-gunung tetapi juga di pulau-pulau dan kawasan tanah lembab. Ini adalah satu trend yang membimbangkan lebih-lebih lagi yang melibatkan impak terhadap alam sekitar dan kapasiti tampung. Kita berada di dalam persimpangan di mana kita perlu membuat keputusan ke arah hadapan dan perlu melakukan dengan cara yang bijak untuk menguruskan statistik dan logistik.
Mengalihkan pengunjung yang ramai ke tempat lain merupakan satu cabaran. Bagi Gunung Kinabalu, untuk sekian lama, para pendaki lebih suka ke rabung barat untuk sampai ke puncak. Rabung timur perlu digunakan bagi mengelakkan kerosakan alam sekitar kepada laluan barat yang lebih popular. Menguruskan kapasiti orang ramai adalah penting kepada gunung dan juga pulau-pulau. Sama seperti perlindungan dan pemuliharaan. Bagi menghadkan tekanan kepada Gunung Kinabalu, kita juga boleh cuba mengalihkan perhatian ke arah Gunung Tambuyukon dan Gunung Nambuyukon yang mempunyai trek yang baik; kegiatan mendaki gunung dan pilihan bagi penyelidikan. Pada ketinggian 2,580 meter dan 2,100 meter, Gunung Tambuyukon dan Gunung Nambuyukon merupakan gunung ketiga dan keempat tertinggi di Sabah, selepas Gunung Kinabalu (4,095 meter) dan Gunung Trusmadi (2,642 meter, yang juga kedua tertinggi di Malaysia). Gunung Tambuyukon dan Nambuyukon terletak di tengah-tengah Taman Kinabalu.
Usaha-usaha untuk memajukan pelancongan perlu seimbang dengan unsur-unsur alam sekitar dan pemuliharaan. Keutamaannya adalah memelihara, menjaga dan melindungi alam semula jadi. Walaupun eko-pelancongan boleh menjadi pengalaman yang berharga, kita seharusnya sedar bahawa masyarakat yang tinggal di sana, gunung-gunung dan sungai-sungai adalah sumber hidup. Jika laluan manusia dan aktiviti tidak dikawal, ekosistem dan kepelbagaian bio di taman alam semula jadi akan berubah secara negatif.
Mendaki Gunung Kinabalu tidak sama dengan trekking biasa di bukit. Kita tidak seharusnya membuat atau membina laluan untuk membantu orang mendaki dengan mudah. Laluan gunung memang bahaya namun kita tidak perlu cuba mengubahnya. Di hutan, kita perlu patuh kepada peraturan alam dan kita perlu akur kepada keadaan yang membahayakan. Pendaki dan pengembara perlu tahu keupayaan dan had diri masing-masing. Tugas kita adalah untuk mengekalkan aset semula jadi kita, bukan untuk menaklukinya. Keunikan hutan, gunung, pulau dan tanah lembab perlu selari dengan sebab-sebab untuk berinteraksi dengan mereka secara mampan: kehidupan, kawasan tadahan air, penyelidikan, pendidikan, pemerhatian, perlindungan dan pemuliharaan. Dengan demikian kita boleh membenarkan pelancongan berlangsung dengan cara yang boleh diurus dan prihatin.
Kebanyakan hidupan laut Sabah dan kecantikannya telah lama dimusnahkan oleh pengeboman ikan dan aktiviti manusia. Laluan air, sungai, dan pantai dipenuhi sampah. Hutan kita dibuka untuk pembalakan. Ya, Sabah mendapat RM6.35 bilion dalam perbelanjaan pelancongan pada 2013 dan, ya, kita masih mempunyai 6 juta hektar hutan yang belum dibangunkan. Ke mana halatuju kita? Kita meneruskan kehidupan namun kita harus turut sama menjaga gunung, sungai dan pulau.
Kita bertanggungjawab terhadap khazanah semula jadi kita. Keutamaan ini perlu kita kekalkan.