Last Updated on

Pensiangan is a district in the interior of Sabah bordering Kalimantan, Indonesia. It covers an area of 6,089 square kilometres and consists of 146 registered villages. The district is divided into five mukims, namely Nabawan, Pemunterian, Sapulot, Pegalungan and Pensiangan.

Pensiangan’s population is estimated at 31,633. It is known as “The District of Murut” to the outside world as about 87 per cent of its population are Murut. Other races such as Kadazan, Chinese and Malay make up the remaining 13 per cent of its population.

More than 40 per cent of the settlements in Pensiangan are accessible by road. However, only roads around the town area and the main Nabawan-Kalabakan Road up to Sapulut town are paved. The stretch of road from Sapulut to Kalabakan is still being upgraded and resurfaced. Meanwhile, roads leading to settlement areas further from the town are still inaccessible by light vehicles, especially during the rainy season.

Thus, river continues to be a major transport route for the locals, particularly in areas that are inaccessible by road. Residents from the sub-districts of Pegalungan, Pensiangan and Salinatan still use the river as their major transport route apart from going on foot to their destinations to perform their daily tasks.

In terms of electricity, less than 30 per cent of the settlements get to enjoy between 12 hours and 24 hours of power supply. Residents from different places in the district use their own initiatives to obtain electricity such as through generator, solar energy and other means.

Water supply in the district certainly needs improvement as at present only settlements near the town get to enjoy treated water. Other settlements get piped water through the gravity feed system provided by the government, from specific companies or through the residents’ own initiatives. However, there are settlements that have no access to piped water and they have to depend on rain water because the quality of the river water is not safe for daily use.

Pensiangan’s economy is growing steadily albeit at a slower rate. The involvement of government-owned companies and the private sector has helped to improve the income of residents and contributed to poverty eradication. For example, the government has provided palm oil and rubber seedlings to individual farmers or cluster farmers for cultivation. At the same time, private companies are also providing job opportunities for the locals in agriculture.
Residents particularly those living in areas that are difficult to be accessed by roads tend to plant food crops on a small scale for their own consumption besides collecting produce from the forest and river. Only a small number of people work as civil servants and in the private sector.

In order to facilitate the administration of the vast Pensiangan district, it was divided into two administrative centres: the Nabawan district and the Pegalungan sub-district. The Pegalungan sub-district office was created to facilitate the dissemination of information and to ensure a more balanced development of this interior region. However, due to the constraint of poor transportation network the development of this area still lags far behind compared with other areas.

Pensiangan district has great potential to be developed rapidly because its strategic location between Keningau and Tawau Districts brings huge advantages. It is expected to experience an economic boom when upgrading and construction work on the main Kalabakan-Nabawan Road is completed. This road that links Tawau and Kota Kinabalu via the Pensiangan district offers a shorter travel distance than the route from Sandakan to Kota Kinabalu.

Pensiangan district also has the potential for tourism development. It has its own uniqueness in terms of cultural and natural resources. One of the most famous tourist attractions is the Punggul Stone, upstream of Sg. Sapulut and can be reached either by boat or on foot. The uniqueness of Punggul is not only in its physical form but also the existence of a cave with a very interesting landscape. The Punggul Stone has attracted regular tourists from abroad.

Another attraction of Pensiangan is its rivers which are suitable for kayaking or rafting. One of them is Sg. Sapulut that flows from Kg. Tataluan to the Sapulot town.

Meanwhile, tourists are attracted to the Sipitang district particular its villages because of the friendly attitude of the villagers, the majority of whom still practise the indigenous customs of the Murut community despite being in the midst of modernization.

In addition, villagers hold strongly to the values of mutual respect, tolerance and obedience to community leaders and such practices are unique characteristics in the eyes of outsiders.

Nevertheless, the potentials of the Pensiangan district need to be highlighted or given proper attention for development. Provision of adequate and quality infrastructure is needed not only for the local community but also to attract visitors to come to the district. As such, all related parties will have to play their role to help boost the socio-economic development of Pensiangan.

pensiangan_img_1
Daerah kecil Pegalungan
pensiangan_img_2
Gua Batu Punggul

Pensiangan merupakan sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Daerah ini mempunyai keluasan 6,089 kilometer persegi dan terdiri daripada 146 kampung berdaftar, yang dibahagikan kepada lima mukim iaitu Nabawan, Pemunterian, Sapulot, Pegalungan dan Pensiangan.

Populasi Pensiangan dianggarkan seramai 31,633 orang. Kawasan ini sinonim dan dikenali sebagai “Daerah Murut” kepada dunia luar kerana komposisi populasi Murut yang tertinggi di daerah ini, kira-kira 87 peratus daripada jumlah penduduk. Sementara itu, daerah ini terdiri daripada hanya 13 peratus daripada kaum-kaum lain, termasuk Kadazan, Cina dan Melayu.

Lebih daripada 40 peratus penempatan di Pensiangan boleh dilalui jalan raya. Walau bagaimanapun, hanya jalan raya di sekitar pekan dan di sepanjang jalan utama Nabawan-Kalabakan sehingga ke pekan Sapulut yang berturap. Ini kerana, jalan dari Sapulut menuju ke Kalabakan masih dalam proses penaik tarafan dan penurapan. Sementara itu, jalan-jalan ke kawasan penempatan dari pekan masih tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan, terutama pada musim hujan.

Sebagai alternatif, sungai masih digunakan sebagai laluan pengangkutan utama oleh penduduk tempatan, terutamanya di kawasan-kawasan yang tidak boleh dilalui dengan jalan raya. Penduduk dari daerah kecil Pegalungan, Pensiangan dan Salinatan masih menggunakan sungai sebagai laluan pengangkutan utama selain hanya berjalan kaki ke destinasi mereka untuk melaksanakan tugas harian mereka.

Dari segi tenaga elektrik, kurang daripada 30 peratus penduduk dapat menikmati bekalan elektrik selama 24 jam dan 12 jam. Penduduk dari tempat-tempat yang berbeza di kawasan tersebut menggunakan inisiatif mereka sendiri untuk mendapatkan bekalan elektrik sama ada menggunakan penjana atau tenaga solar dan lain-lain.

Bekalan air di kawasan ini perlu dipertingkatkan. Pada masa ini, hanya penempatan berhampiran pekan dapat menikmati air yang dirawat. Sementara itu, di kawasan penempatan lain penduduk mendapatkan bekalan air paip sama ada menggunakan air graviti yang disediakan oleh kerajaan, sumbangan daripada syarikat-syarikat atau inisiatif daripada penduduk sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat penempatan yang tidak mempunyai bekalan air paip dan terpaksa bergantung kepada hujan. Hal ini kerana, kualiti air dari sungai tidak selamat untuk kegunaan harian.

Pembangunan ekonomi di kawasan ini secara umumnya semakin meningkat, walaupun pada kadar yang agak perlahan. Penglibatan syarikat-syarikat milik kerajaan dan sektor swasta telah menyumbang kepada peningkatan diri dan pembasmian kemiskinan di kalangan penduduk. Sebagai contoh, kerajaan menyediakan minyak sawit dan anak pokok getah kepada petani individu atau berkelompok. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat swasta juga menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian kepada penduduk tempatan.

Penduduk terutamanya di kawasan-kawasan yang lebih sukar untuk dilalui oleh jalan raya lebih tertumpu kepada penanaman makanan untuk kegunaan sendiri dan berskala kecil, selain mengumpul hasil hutan dan sungai. Hanya sebahagian kecil daripada penduduk bekerja sebagai penjawat awam dan sektor swasta.

Dalam usaha untuk memudahkan pentadbiran daerah yang luas, daerah Pensiangan telah dibahagikan kepada dua pusat pentadbiran; Pejabat daerah Nabawan dan pejabat daerah kecil Pegalungan. Pejabat daerah kecil Pegalungan telah diwujudkan untuk memudahkan penyebaran maklumat dan memastikan pembangunan yang setaraf di kawasan pedalaman. Malangnya, disebabkan oleh kekangan rangkaian pengangkutan yang sukar, pembangunan kawasan ini masih jauh ketinggalan berbanding kawasan lain.

Daerah Pensiangan mempunyai potensi besar untuk berkembang dengan lebih cepat. Ia terletak di antara Keningau dan daerah Tawau dan ini membawa kelebihan yang besar kepada Pensiangan. Lonjakan ekonomi dijangka akan berlaku selepas jalan utama Kalabakan-Nabawan yang sedang dalam pembinaan dan penaiktarafan siap sepenuhnya. Daerah ini akan menjadi laluan utama yang menghubungkan Tawau dan Kota Kinabalu dan jarak perjalanan yang lebih pendek berbanding dengan laluan dari Sandakan ke Kota Kinabalu.

Daerah Pensiangan juga mempunyai potensi untuk pembangunan pelancongan. Kawasan ini mempunyai keunikan tersendiri daripada segi budaya atau sumber-sumber semula jadi. Salah satu daya tarikan pelancong yang paling terkenal adalah Batu Punggul. Batu Punggul terletak di hulu Sg. Sapulut dan boleh dilalui sama ada dengan bot atau berjalan kaki. Tarikan Batu Punggul bukan sahaja kerana keunikan bentuk fizikal, tetapi juga kewujudan gua yang unik dengan landskap yang sangat menarik. Walau bagaimanapun, Batu Punggul kurang popular di kalangan pelancong tempatan. Hanya pelancong dari luar negara yang kerap melawat tempat tersebut.

Satu lagi daya tarikan di kawasan ini adalah sungai-sungai yang sesuai untuk berkayak atau berakit. Salah satunya ialah Sg. Sapulut yang mengalir dari Kg. Tataluan di hulu sungai ke pekan Sepulut di hilir. Sungai ini mengalir dengan kelajuan yang sesuai untuk berkayak dan berakit.

Selain daripada itu, perkara yang sentiasa menarik pengunjung ke Pensiangan, khususnya ke kampung-kampung di luar bandar adalah penduduknya yang mesra dan mudah didekati. Majoriti penduduk terus mengamalkan adat asli masyarakat Murut walaupun di tengah-tengah pemodenan. Tambahan lagi, sikap saling hormat-menghormati, toleransi dan patuh kepada pemimpin masyarakat, masih kuat diamalkan oleh penduduk kampung menambahkan keunikan kepada daerah ini di mata orang luar.

Kelebihan dan potensi daerah Pensiangan tidak akan memberi manfaat jika tidak diberi keutamaan atau ditonjolkan. Penyediaan infrastruktur yang mencukupi dan berkualiti diperlukan bukan sahaja untuk masyarakat setempat, tetapi juga sebagai faktor untuk menarik pengunjung untuk datang ke tempat ini. Oleh itu, semua pihak yang berkaitan perlu memainkan peranan mereka dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi Pensiangan. – Hamirin bin Lamin

Share this article!